Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Elak hantu melintas, penunggang motorsikal kemalangan tercampak gaung 200 meter, mayat tersangkut atas pokok

Elak hantu melintas, penunggang motorsikal kemalangan tercampak gaung 200 meter, mayat tersangkut atas pokok

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17 Jalan Pantai - Bukit Tangga dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Syed Jamal Syed Zain, 61, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 1000cc maut di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, dalam kemalangan itu motosikal mangsa tercampak ke dalam gaung sedalam 200 meter.

"Mayat mangsa pula ditemukan tersangkut pada dahan pokok," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Ibrahim berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa bersama tiga rakannya yang turut menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Kuala Klawang menuju ke Seremban.

Menurut beliau, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya apabila tiba di lokasi kejadian lalu terbabas ke kanan jalan dan masuk ke dalam gaung tersebut.
Tambah beliau, mayat mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUSAN ONLINE

Post a Comment for "Elak hantu melintas, penunggang motorsikal kemalangan tercampak gaung 200 meter, mayat tersangkut atas pokok"