Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Ia sudah tdk boleh diselamatkan..”- Akhirnya Michael Dedah Perangai Sakinah Yg Ramai Tak Tahu

“Ia sudah tdk boleh diselamatkan..”- Akhirnya Michael Dedah Perangai Sakinah Yg Ramai Tak Tahu



Suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen terbuka hati berhubung keputusan mereka untuk berpisah yang dibuat secara harmoni oleh kedua-dua belah pihak.Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 43 tahun berkata mereka sepakat mengenai perkara itu memandangkan kedua-duanya mempunyai komitmen dan tanggungjawab masing-masing.


Sakinah mempunyai Anais (anak hasil perkahwinan pertama) dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya memiliki dua cahaya mata dan perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.“Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing.


“Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.  Apa yang akan berlaku pada masa mendatang, saya masih tidak tahu tetapi semoga ianya memberi kebaikan untuk kita semua, Insya-Allah,” katanya.


Bagaimanapun, Michael tidak lupa mendoakan pelakon berusia 33 tahun itu agar mendapat kebahagiaan dalam menjalani kehidupan.“Sakinah adalah wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain mendoakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dirinya,” ujarnya.


Tambahnya, dia mengakui berlaku sedikit ‘drama’ ketika mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar.“Jadi bayangkan perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar.

“Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan,” luahnya.Beberapa hari lalu, Sakinah mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.


Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan Anais Adha yang kini berusia lima tahun.Sumber: Harian Metro

Post a Comment for "“Ia sudah tdk boleh diselamatkan..”- Akhirnya Michael Dedah Perangai Sakinah Yg Ramai Tak Tahu"