Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Kau buat hal memang lah pandai suruh orang..” Tiba2 Bapa Ira dapat kecaman dari orang ini

“Kau buat hal memang lah pandai suruh orang..”  Tiba2 Bapa Ira dapat kecaman dari orang ini



Sedia maklum, nama pelakon veteran Kazar sejak kebelakangan ini sering kali menjadi perhatian dan ianya bermula setelah pengarah, Syamsul Yusof mengambil keputusan kahwin kali kedua bersama anak perempuannya, Ira Kazar di Thailand.


Kerana mewalikan perkahwinan mereka berdua, nama Kazar turut terpalit dengan isu kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertama, Puteri Sarah.


Baru-baru ini, pelakon veteran mengakui bahawa Ramadan kali ini memberi banyak pengajaran untuk mendidik dirinya menjadi insan penyabar.


Malah, daripada video tersebut, Kazar turut memberitahu bahawa pada bulan Ramadan, seseorang itu perlu banyak bersabar serta percaya setiap kesabaran pasti akan ada ganjarannya.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen masih tetap mempunyai rasa marah atas apa yang sudah dilakukan oleh keluarga pelakon tersebut terhadap rumah tangga Puteri Sarah.



Netizen kebanyakannya merasa Kazar tidak melalui detik-detik perit seperti yang dilalui oleh Puteri Sarah dan ada juga menuduh Kazar seakan-akan memberi izin anak perempuannya menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga orang lain.


Sekadar info, Syamsul Yusof enggan menceraikan Puteri Sarah dan masih mahu berdamai tetapi aktres tersebut menolak sekeras-kerasnya serta yakin sudah tiada harapan untuk kekal sebagai pasangan suami isteri di masa hadapan.


Menurut laporan mStar, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua yang menganggap sikap pelakon yang berusia 63 tahun itu adalah positif yang boleh membezakan antara soal kerjaya dan peribadi.


Shuhaimi Lua atau nama sebenarnya Shuhaimi Lua Abdullah memaklumkan konflik mengenai anak perempuan dan menantunya iaitu Ira Kazar dan Syamsul Yusof langsung tidak menjejaskan prestasi lakonannya.


Ujarnya, Kazar tetap menjadi seorang yang tenang dan gembira ketika di set penggambaran dan Shuhaimi sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan ketika di set penggambaran.


“Sebenarnya abang Kazar ni dia seorang yang tenang bila berada di set penggambaran, dia okay saja, happy, malah dapat laksanakan tanggungjawab lakonan dengan sempurna.

“Kazar ni dia orang lama jadi sangat professional, segala masalah semua dia tolak tepi dan apabila saya berbincang dan beri arahan, dia terima dengan baik,” ujarnya.


Bukan itu sahaja, dia menegaskan Kazar hanya mahu mencari rezeki sehingga sanggup menolak tepi segala masalah yang ada dan ia memuji tindakan profesional tersebut. Pelakon veteran ini mereka cuma cari rezeki, itu sebab mereka sangat professional dan tolak tepi segala masalah, itu yang saya puji mereka,” katanya.


Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah bernikah kali kedua dengan Ira Kazar dengan berwalikan bapa pengantin perempuan itu sendiri iaitu Kazar Saisi di Thailand.

Post a Comment for "“Kau buat hal memang lah pandai suruh orang..” Tiba2 Bapa Ira dapat kecaman dari orang ini"