Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"Aku pilih awak, hensem nombor satu, kaya nombor dua, "saiz" nombor tiga" - Fatin Afeefa

"Aku pilih awak, hensem nombor satu, kaya nombor dua, "saiz" nombor tiga" - Fatin Afeefa



Menerusi satu video, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang berkata ada seorang individu mendakwa isterinya berkahwin dan memilihnya sebagai pasangan disebabkan harta.


Dalam video dimuat naik di TikTok itu, Aliff atau lebih mesra disapa Opai meminta penjelasan daripada Fatin sebab mengapa isterinya itu memilihnya sebagai suami.


@aliff_awang

Jodoh itu rahsia kan sayang? @bukan fatin afeefa

? Serious Sounds – Vera King

“Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je.Korang nak sangat kan? cabar Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa,” ujarnya.


Fatin mendedahkan suaminya bukan satu-satunya lelaki kaya yang pernah mendekatinya dan dia memilih suaminya kerana wajah Aliff yang kacak dan comel menjadi tarikan serta mengatakan soal kaya jatuh nombor dua.


“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel.  Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua, 'saiz' nombor tiga" katanya.


Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dengan sekali lafaz dalam majlis diadakan secara tertutup di di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Post a Comment for ""Aku pilih awak, hensem nombor satu, kaya nombor dua, "saiz" nombor tiga" - Fatin Afeefa"