Baru seminggu balik umrah, hati suami luluh saksikan isteri terbakar dalam kereta. Innalilahiwainailaihojiun. Al Fatihah buat arwah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang meninggal dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam.


Dalam kejadian menyayat hati semalam, tular di media sosial, suami kepada arwah Nurul Nazihah yang sedaya upaya cuba membantu mengeluarkan isterinya namun ditenangkan pengguna jalanraya yang lain berikutan api sedang marak membakar kenderaan mereka selepas terlibat kemalangan terbabit.


Baru Seminggu Balik Umrah


Jeritannya, “Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah!”cukup membuatkan ramai sebak.


Dalam pada itu, satu perkongsian dari rakan yang mengenali arwah Azie memaklumkan, Nor Afikah Othman di fbnya berkongsi bahawa arwah seorang yang lemah lembut dan seorang sahabat yang baik.


Tulisnya :- Allahuakhbar.. Allah Allah Allah.


Pagi-pagi saya dikejutkan dengan berita sedih dan duka. Saya baru sahaja kehilangan Seorang sahabat saya Nurul Nazihah kerana terlibat dengan sebuah kemalangan di Highway Utara Selatan ( Sedenak ).


Azie seorang yang lemah lembut dan seorang sahabat yang baik. Semoga awah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aminn. Semoga suami & keluarga arwah tabah dan kuat di atas kehilangan isteri yang tercinta… Aminn. Innalillahiwainnailaihirojiun . Al- Fatihah buat Azie.

Baru Seminggu Balik Umrah, Hati Suami Luluh Saksikan Isteri Terbakar Dalam Kereta

Memetik laporan Berita Harian, jeritan menyayat hati itu datangnya daripada seorang lelaki yang terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan yang terbakar.


Hati Suami Luluh Saksikan Isteri Terbakar Dalam Kereta


Rakaman video menyayat hati berdurasi satu minit 37 saat itu tular di media sosial Facebook, dengan kedengaran lelaki itu menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Lelaki terbabit bagaimanapun ditenangkan pengguna jalan raya lain dan dibawa ke kawasan lebih jauh berikutan api yang marak.


Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, memaklumkan dua mangsa maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan itu.