Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tak Tahan Menanggung Malu, Pelajar 14 Tahun di Perlis Buang Bayi Dalam Perigi Akibat Dirogol Jirannya Seorang Warga Emas Cucu 5

Tak Tahan Menanggung Malu, Pelajar 14 Tahun di Perlis Buang Bayi Dalam Perigi Akibat Dirogol Jirannya Seorang Warga Emas Cucu 5



Seorang pelajar berusia 14 tahun di Arau, Perlis dilaporkan membuang bayi yang baru sahaja dilahirkannya ke dalam sebuah perigi. Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).


Lapor Media Padu, rakaman CCTV menunjukkan ibu muda ini masuk ke tandas sebelum bertindak memasukkan bayi malang itu ke dalam tong sampah. Dia dipercayai bertindak di ‘luar kawalan’ dengan membuang bayi itu ke dalam sebuah perigi.


Terdapat kesan-kesan darah dekat perigi. Selepas kami pergi tengok memang betul ada bayi di dalamnya.


Ujar seorang doktor yang tak nak disebut namanya, gadis ini pada mulanya datang ke klinik dan mengadu sakit perut, bagaimanapun, semasa pemeriksaan dibuat dia sama sekali tidak mahu berbaring dan memakai pakaian yang besar.



Semasa dia disuntik, dia tidak mahu berbaring di perutnya. Dia hanya ingin mengiring. Perutnya sangat besar.


Menerusi laporan Media Padu, seorang lelaki yang mempunyai lima cucu didakwa telah merogol gadis ini sehingga menyebabkan dia mengandung dan melahirkan seorang bayi.


Difahamkan, lelaki tersebut merupakan jirannya dan sehingga kini, mayat bayi tersebut masih belum dikeluarkan dari tempat berkenaan.


Sumber: Media Padu

Post a Comment for "Tak Tahan Menanggung Malu, Pelajar 14 Tahun di Perlis Buang Bayi Dalam Perigi Akibat Dirogol Jirannya Seorang Warga Emas Cucu 5"