Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Tentang bakal jadi menantu, saya..”- Akhirnya Ibu Shuib Buka Cerita Tentang Wan Sharmila

“Tentang bakal jadi menantu, saya..”- Akhirnya Ibu Shuib Buka Cerita Tentang Wan Sharmila

MEMUAT naik gambar bersama dan saling berbalas komen, ada segelintir netizen yang anggap ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani, seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon Wan Sharmila bakal menjadi menantu baharunya.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan kapsyen berbunyi, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Menjelaskan segala kekeliruan itu, Salamiah berkata, gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar perkongsian sebagai kenang-kenangan bersama Wan Sharmila kerana dia juga meminati pelakon itu.

Mengulas jika aktres berkenaan bertemu jodoh dengan Shuib, sebagai ibu dia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

“Tentang bakal jadi menantu, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang mengatur segala-galanya.

“Saya seorang peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dengan dia,” katanya kepada mStar.

Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu hadir sebagai salah seorang tetamu ketika majlis bacaan tahlil bersempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira- SALAMIAH JALANI

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) akibat Cvd-19.

Dalam pada itu, Salamiah berkata, selepas setahun pemergian menantu kesayangannya, dia tidak menolak jika Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita pilihannya suatu hari nanti.

Sebagai ibu, dia mahu melihat anaknya hidup bahagia dan gembira.

“Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia? Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup kena teruskan kehidupan.

“Saya tidak kisah andai Shuib mahu kembali berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

Shuib seorang anak yang baik, ayah bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan anak-anak. Saya sentiasa doakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Shuib dan Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, setahun.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Allahyarham meninggal dunia ketika usia kandungannya berusia lapan bulan.

sebagai rekod terdahulu,

Namanya dipetik kononnya merupakan wanita misteri yang memeluk anak Shuib dalam satu video baru-baru ini, akhirnya pelakonWan Sharmila bertemu dengan anak pelawak itu iaitu Talita.

Menerusi video dikongsikan di akaun Instagram Siti Sarah, Talita dilihat gembira apabila dapat bertemu serta meluangkan masa dengan Wan Sharmila.

“Bergambar dengan ibu Shuib, Wan Sharmila bakal jadi menantu?” Terbaharu, nama Wan sekali lagi menjadi bualan selepas tular dirinya bergambar bersama ibu Shuib.

Berdasarkan perkongsian amysalmi22 di laman TlkTok, mereka dilihat mesra ketika berada di majlis tahlil setahun pemergian Siti Sarah yang diadakan baru-baru ini.

Malah, kapsyen yang ditulis juga sempat menjadi tanda tanya dan seakan memberikan sedikit ‘hint’ mengenai status terbaru pelawak tersebut.

“Jika benar seperti kami fikir, Alhamdulillah… senyum saya tengok gambar ni, tak tau kenapa”

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selepas melihat perkongsian itu.

Malah, ramai juga yang `merestui’ hubungan tersebut selain menitipkan doa seandainya perkara berkenaan benar-benar terjadi.

“tak nak laaa gambar yg berbicara.…apa kata anak puan shuib yg berbicara baru kami seronok nk dengar”

“harap wan shamila id menantu puan”

“saya suka wan sharmila ni.suka lakonan dia…semoga dipermudahkn..jd nantu mama lah ni…orgnya ceria mcm mama jgk kn”

“wan Shamila ok jgak….dr dulu berhijab lembut mcm arwh”

“moga Allah permudahkan dan merahmati keluarga mama,suka dgn wan sharmila”

“Semoga dipermudahkan segala urusan”

“Senyum senyum aku tgok ni gambar… Nda tw kenapa mcm sampai tu gambar berbicara”

“jika benar spt kami fikir..alhamdulillah semoga di permudahkan”

“klu betil mila kenapa pakai handbag..ke cane tu.”

“semoga dipermudahkan urusan auntie n shuib”

“Alhamdulillah.…dia Pon dh byk berubah dr segi pemakaian. lebih nampak muslimah skrg. ishh…suka2..puan jga dia baik2. kami doakan yg terbaik..”

Sumber: Mstar

Post a Comment for "“Tentang bakal jadi menantu, saya..”- Akhirnya Ibu Shuib Buka Cerita Tentang Wan Sharmila"