Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

“Saya tak kisah pun.. Dia nak khwin itu pilihan dia..”- Sharifah Shahirah Luah Sesuatu Buat Ramai Doakan

“Saya tak kisah pun.. Dia nak khwin itu pilihan dia..”- Sharifah Shahirah Luah Sesuatu Buat Ramai Doakan


Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah bakal menerima menantu pertama pada 11 November depan, selepas anak sulungnya, Allisya Tahir, 23, selamat bertunang dengan lelaki pilihan, pada Mac lalu.

Sharifah Shahirah yang mersa disapa Shiera, 47, berkata, sebagai ibu sudah semestinya dia berasa sangat teruja apabila anak daranya sudah disunting orang dan bakal berumah tangga tidak lama lagi.

“Saya tak kisah pun dia nak kahwin awal. Itu pilihan dia

“Saya tak kisah pun dia (Allisya) nak kahwin awal. Itu pilihan dia untuk tamatkan zaman bujang pada usia muda. Sebagai ibunya, saya terima saja keputusan Allisya dan tidak menghalangnya.

“InsyaAllah, Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November depan, manakala majlis resepsi pula dijangka berlangsung pada 13 November. Alhamdulillah, saya pun sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan siapa.

“Pada saya, asalkan dia pandai menjaga batas pergaulan, syukur Alhamdulillah. Apapun, bagi saya bakal menantu juga seorang lelaki yang baik, dan begitu juga dengan keluarganya,” katanya.

Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkata, kini dia berdoa agar perancangan majlis bahagia anaknya dan bakal menantu dipermudahkan oleh Allah SWT dan segala urusan mereka berjalan lancar.

“Saya hanya mampu bersyukur dengan rezeki dan rahmat daripada Allah ini buat kami sekeluarga. Cuma, sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsi mengenai perkara berkaitan keluarga di media sosial. Apapun, terima kasih di atas segala doa yang baik-baik buat kami.

“Setakat ini, persiapan masih lagi berjalan dan saya serahkan kepada anak dan bakal menantu saja untuk mereka uruskannya. Untuk saya, teruskan sokong mereka apa yang terbaik,” katanya.

Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt yang berasal dari Singapura.

Sebelum ini, Allisya yang mewarisi bakat seni ibu bapanya pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di slot Akasia TV3.

Sharifah Shahirah Syukur Anak Dapat 2A SPM, Harap Dapat Jadi Insan Yang Berguna

Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur dan berpuas hati dengan keputusan anaknya, Airell Zulkifly yang memperoleh 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Syukur anak lulus SPM

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra disapa Shiera, dia berasa amat bersyukur kerana anaknya lulus SPM dan memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Alhamdulillah, saya bersyukur saja dengan keputusan Airell walaupun hanya mendapat 2A. Apa yang pasti, dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin.

Melihatkan kepada keputusan SPM itu, rata-ratanya mata pelajaran yang Airell lulus dengan baik mampu memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan pilihannya nanti.

Dalam pada itu, pengacara berusia 47 tahun ini juga mengatakan bahawa dia menerima apa sahaja keputusan SPM anaknya itu dengan hati terbuka kerana mahu Airell menjadi insan yang berguna apabila sudah dewasa nanti.

Saya lebih menekankan Airell agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat, suka menolong orang dan saya juga tidak kisah sekiranya dia bekerja dengan gaji kecil nanti.

Asalkan dia bekerja dan boleh berdikari dengan membantu orang lain suatu hari nanti, sudah cukup. Apa-apa pun, saya tetap akan menghantar dia (Airell) melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, sekurang-kurangnya ada diploma.

Airell buat kerja sambilan

Mak kau dulu pun result corot jugak tapi bila dapat macam tu kena usaha untuk buktikan apa yang orang cakap itu adalah salah.

Main pun seronok tapi kena beringat jangan seronok sangat kena berpada-pada.

Ujarnya lagi, buat masa ini anaknya itu sudah bekerja sambilan sebagai juruwang di kedai makan milik suaminya kerana sikap Airell yang tidak banyak bercakap sesuai dengan tugas tersebut.

Sumber: Viralkini

Post a Comment for "“Saya tak kisah pun.. Dia nak khwin itu pilihan dia..”- Sharifah Shahirah Luah Sesuatu Buat Ramai Doakan"