Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengawal Kolam Asyik Main Telefon Bimbit, Tak Sedar Budak Sekolah Dah Mati Lemas

Pengawal Kolam Asyik Main Telefon Bimbit, Tak Sedar Budak Sekolah Dah Mati Lemas

Peringatan buat semua..
Kalau bawak anak kecil pergi mandi kolam, pantai, air terjun dan sebagainya, tolonglah simpan phone dulu dan pantau keselamatan anak2..
Jgn bila dah terjadi, baru nak menyesal..
Nauzubillahi mindzalik..
Takziah buat keluarga..

AllahuAkbar.. dalam keseronokan bawak anak2 mandi kat kolam.. tiba2 ternampak adik ni baru diangkat naik, nampak bantuan cuba diberikan, terus berlari jerit panggil suami yg ke tandas untuk bantu jugak. Berlari suami untuk bagi bantuan cpr kat adik ni. 

Masa ni dah berbuih mulut dah, muntah pon dah terkeluar, tp adik ni masih tak sedar. Hampir 10 minit bantuan tapi masih takdak respond, saya jerit tanya sesiapa dah call kecemasan belum. Mungkin masing2 pon masih terkejut, saya decide utk call terus. Berlari pulak tya org2 situ lokasi situ sbb saya pon bukan org situ.

Sambil cakap dgn pihak hospital, kami teruskan cpr, dan terus tunggu ambulance. Hampir 20 minit ambulance masih tak sampai. Suami dgn abg sorang lg selang seli cpr. Tp adik ni masih tak sedar lagi. Allahu..

Saya pegang urut2 tgn adik tu pon dah sejuk dan pucat sgt.. mulut adik tu dah biru. Last2, decide utk hntr adik ni ke KK berdekatan. Masa dah sgt suntuk.

Kata suami, nadi adik tu dah lama dah takdak. tp dia cuba jugak cpr dgn abg sorg lg. manatahu masih ada harapan. Dan tak sampai hati nak bgtahu mak ayah dia lg. Biar pihak hospital yg tentukan. 

Apa2 pon berlaku kt adik tu, semoga mak dan ayahnya tabah.

Saya terus ajak anak2 mandi dan tukar baju. Rasanya hampir 20 minit jugak, baru nampak kelibat ambulance. 😔

EDITED:

Baru dapat tahu bahawa adik tu dah meninggal dunia.

Al Fatihah buat adik Ainul Marhanis binti Ramli

Semoga syurga untukmu nak.. 😢

Kredit : Siti Amalina Nadia

Post a Comment for "Pengawal Kolam Asyik Main Telefon Bimbit, Tak Sedar Budak Sekolah Dah Mati Lemas"