Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LIMA PELAJAR UNIVERSITI RENTUNG KEMALANGAN TERBAKAR DALAM TEROWONG

LIMA PELAJAR UNIVERSITI RENTUNG KEMALANGAN TERBAKAR DALAM TEROWONG

Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora. Pelajar USAS. Universiti Sultan Azlan Shah. Kuala Kangsar, Perak

Al-Fatihah

#KualaKangsar Lima individu dikenal pasti rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi.

Terjadi lagi kemalangan maut yg amat menyedihkan saya dan seluruh rakyat Malaysia. 

Persoalannya, sampai bila kita nak biarkan bakal2 pemimpin, saintis, imam masa depan ni terkorban begitu sahaja?? Sudah sering saya bilang, malang berbau... malang berbau, tiada siapa endah.

Dalam kes ini, saya seru kerajaan Malaysia, enforce atau kuatkuasakan peraturan 2 saat jarak pemanduan, kepada semua pemandu di Malaysia. Saya rasa pasti ramai yg sudah lupa atau tidak tahu pun apa benda ini. Saya anti betul kalau ada orang yg suka cucuk belakang, memandu pada jarak kurang dr 1 saat. 

Kalau kita memandu pada jarak pemanduan 2 saat (4 saat ketika hujan) bawak 1000km sejam pun kita masih boleh sempat berhenti jika kenderaan depan kita terberhenti secara tiba2.

Walaupun tidak dikuatkuasakan, saya menyeru semua rakyat Malaysia, jomlah kita praktikkan, amalkan peraturan 2 saat ini.

#malangberbau

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه 
Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya

KUALA KANGSAR - Lima individu rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda. Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.

Difahamkan, kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.
Mangsa terlibat dikenali :

-Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22,beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu Selangor.

-Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai Terengganu.

- Iqbal Hasnun Halimi, 23,beralamat Taman Impian Jaya Senai Johor.

- Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19,beralamat di Magna Ville Selayang Batu Caves Selangor .

-Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar Perak.

Salam takziah buat keluarga mereka semoga tabah dgn ujian dari Nya. Al Fatihah

Post a Comment for "LIMA PELAJAR UNIVERSITI RENTUNG KEMALANGAN TERBAKAR DALAM TEROWONG"