Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Identiti pelaku kes pkul bdak Tahfiz sudah di ketahui, patutla pun buat perangai

Identiti pelaku kes pkul bdak Tahfiz sudah di ketahui, patutla pun buat perangai

Suspek pukul pelajar dan guru tahfiz yang tular di media sosial telah dikenal pasti.

Menurut perkongsian di instagram @act431_775 , suspek berasal dari Jerantut, Pahang itu didakwa menghadiri ‘gathering’ kelab motor RXZ di Terengganu.

“..Dikehendaki Suspek pukul ustaz dan pelajar Tahfiz.Diberitakan suspek ni berasal dari Jerantut dan hari ini dia pergi ke gathering RXZ member di Terengganu. Dia menggunakan kereta jenis 4×4 Isuzu Dmax . No plate AGM 4666..” dedah beliau.

Fazil Mohd Dali

Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton turut mendedahkan kenderaan dan nombor pendaftaran yang digunakan suspek selain memohon kepada orang ramai yang menjumpai suspek untuk segera menghubungi pihak polis.

“..Jika terjumpa mohon hubumgi balai polis dengan kadar segera. Sebarkan” tulis beliau di instagram.

Baru-baru ini tular di media sosial sedutan klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki berang dan marah terhadap pelajar-pelajar tahfiz.

Mereka juga dilihat menampar dan menendang pelajar tersebut selain memasuki ruang pengajian seperti surau tanpa menanggalkan kasut.

Positif dadah, dua suspek pukul ustaz & pelajar tahfiz ditahan polis.

Dua pekerja bengkel kimpalan telah ditahan oleh pihak polis pada hari ini selepas dipercayai memukul tenaga pengajar dan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang.

Menurut laporan Sinar Harian, tiga lagi suspek telah pun dikenal pasti dan tangakapan akan dibuat dengan secepat mungkin oleh pihak polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kesemua suspek terdiri daripada lelaki lingkungan 30-an dan kejadian berlaku

Menurutnya, kesemua suspek terdiri lelaki berusia lingkungan 30-an dan kejadian berlaku kira-kira pukul 5.10 minit petang pada Jumaat di mana kelima-lima suspek terbabit menaiki sebuah pikap jenis Isuzu Max berwarna perak.

Tambah Azli, kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tenaga pengajar tersebut melibatkan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu. Kejadian itu telah menyebabkan seorang tenaga pengajar cedera di mata sebelah kanan dengan empat jahitan, cedera di tangan dan lebam di badan. Manakala pelajar cedera di badan.

Susulan itu, pihaknya telah menerima satu laporan daripada mangsa berusia 11 tahun pada jam 6.43 petang dan pihaknya telah membuat satu serbuan di kawasan Damak, Jerantut dan berjaya menahan dua suspek. Pun begitu, tiga orang suspek lagi masih bebas.

Mengulas lanjut, Azli berkata kedua-dua suspek yang ditahan positif metaphetamine dan mereka memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif metaphetamine dan hasil semakan mereka memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kedua-duanya dikenakan reman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin ini,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

Post a Comment for "Identiti pelaku kes pkul bdak Tahfiz sudah di ketahui, patutla pun buat perangai"